"NEO-OCEANIC TOUR" ??? APA TU ?
KELAB REVOLUTION OF FISHERIES 2015/2016 (REVOF) ...
REVOF ?? tu kelab apa ?? kelab tu ada ke dekat UMT ? siapa ahli2 dalam kelab REVOF tu ??
ya ... REVOF merupakan sebuah kelab yg mana ahli2 mt exco serta ahli2 nya terdiri daripada pelajar Diploma Perikanan itu sendiri....
Diploma ada satu je kelab ... jadi kelab ni dikategorikan di bawah kelab2 akademik ....
Diploma first year *on that time |
Assalammualaikum dan salam sejahtera ...
ouh ya sebelum tu ... terima kasih kpd awak awak semua yg masih setia mencaba bog ini sehingga ke hari ini... hah awak la yg faiz mksudkan itu ... <3 <3 <3 ...
cerita2 dlm blog nie mostly bersifat santai tetapi diselitkan bersama info2 yg boleh dijadikan sebagai rujukan utk awk2 semua jika nak merancang ke sesuatu tempat pd masa2 yang akan datang .. :) .. :) ..
next story... :)
|14 - 17 Oktober 2015|
"NEO-OCEANIC TOUR"
hurmm nak tanya sikit .... program apa tu ?? siapa yang organize program tu ? program tu diadakan di mana ? apa tujuan dan objektif program itu dilaksanakan? siapa peserta yg terlibat dalam program tu ?
alhamdulillah .. syukur segala puji bagi Allah S.W.T., Tuhan semesta alam .. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan keatas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.
alhamdulillah program yg diberi nama "NEO-OCEANIC TOUR" telah selamat dijalankan pada hujung tahun lepas iaitu pada zaman dan ketika kepimpinan organisasi sesi 2015/2016...
Program ini merupakan sebuah program yang berbentuk lawatan ilmiah yang mana mendedahkan kepada peserta khususnya pelajar2 Diploma Perikanan tentang dunia sebenar dalam bidang yg mereka pelajari ...
Dalam lawatan ilmiah ini juga, peserta2 dapat mengaplikasikan ilmu yg telah dipelajari selama mana tempoh pengajian mereka di UMT. Ini juga secara tidak langsung memberi gambaran tentang situasi yang akan berlaku apabila pelajar2 akan pergi untuk Latihan Industri kelak.
Program ini telah melibatkan sejumlah 4 buah negeri iaitu Perak , Selangor , Melaka dan Johor sebelum kembali pulang semula ke Universiti Malaysia Terengganu . Sejumlah 2 buah bas telah disediakan pada program ini.
ok ... so mcm mana program ini berlangsung ?
pada 14/10/2015 malam . peserta2 berkumpul di kompleks sukan dan seterusnya memulakan perjalanan ke destinasi pertama. Lokasi pertama program ini ialah di Pusat Pengembangan Akuakultur di Tapah, Perak .
kami sampai di sini pada pagi 15/10 lebih kurang plk 8 pagi cem tu .. ok sampai2 dekat sini kami semua dikumpulkan dekat satu tempat dan dipecahkan menjadi kumpulan2 kecil. hah... dekat tempat ni best ... sebab apa best ok nak crite la ni ...
selepas dipecahkan menjadi kumpulan2 kecil, kami diberikan pendedahan atau briefing secara ringkas oleh mereka yang menguruskan kawasan tersebut. Banyak info dan input yg kami dpt pada sesi pengenalan tersebut. Habis je briefing adalah sesi tangkap gambar dan semua peserta diberi masa untuk tukar pakaian yg lebih sesuai (pakaian sukan) .
ok lepas tu setiap kumpulan ada la pergi ke tempat masing2 . lain kumpulan lain la aktiviti yg akan dilakukan .. ok nak crite kumpulan aku la ... hehehehe.. ok kumpulan faiz dpt pergi ke satu kolam ni .. aktiviti yg dilakukan ialah untuk collect anak2 ikan yg ada dalam kolam tu ... sangat menarik sebab dpt berendam dlm kolam tu ... memang sejuk suhu air tu ... sbb area situ kawasan hutan2 dan mungkin sumber air tu sendiri dtng drpd sungai2 atau kawasan bukit yg berhampiran .so kami pon masuk la dlm kolam tu . then aktiviti dimulakan dgn membuka tali jaring dan seterusnya mengasingkan induk2 tersebut mengikut jantina . dapat la jugak belajar mcm mne nak tentukan jantina ikan2 tersebut.
sambil2 tengah asingkan tu dapat la bermain bersama anak2 ikan dkt dlm kolam tu .. ikan kelah ke ikan tampan dkt dlm kolam tu ... lupa dah .. hehehe.. >.<" ..
ok yg kumpulan2 lain ada yg tangkap ikan menggunakan jaring atau scope yg disediakan ... ada jugak yang membersihkan dasar kolam dengan mencabut rumput2 yg dh tumbuh tu .
dekat sana jugak kita dapat belajar kaedah suntik hormon . suntik dekat bahagian mana . pastu berapa sukatan hormon yg perlu diberikan untuk seekor ikan tu . dan lain2 lagi ...
agak lama jugak kami di pusat tersebut. siap ada makan tengahari lagi + sempat untuk persiapkan diri + solat . ok lepas drpd tu kami bersalaman dgn pegawai di sana sebelum menaiki bas untuk ke destinasi yg berikutnya
nampak air yg kluar dr paip tu ? hah situ la bdk2 laki mandi sbb toilet penuh... air tu bersih don't worry... hahahaha *tp xde la sampai berbogel =.=" |
makan berlatar belakangkan kolam2 ikan |
time ni mostly ramai dh start ngantuk sebab bila bermain dgn air ni akn cepat terasa ngantuknya... hahaha..
so otw ke lokasi kedua tu sempat la tidur ... Lokasi kedua kami adalah di sekitar kawasan Kuala Selangor .. Natural parks kalau xsilap, tp sayangnya apabila kami sampai tu tempat tu dah tutup. xpasti tempat tu pd hari kejadian memang xbukak atau pon sudah tutup ... *sebab time tu still lg tngah tidur hiks hiks .... sedar2 je bas dah sampai dekat Bukit Melawati , Selangor.. Sampai sana dekat pkl 4 lebih jgk . Jadi kami pon diberi masa untuk melawat sekitar kawasan berkenaan memandangkan tempat yg sepatutnya kami nak pergi tu tutup.
we fight we never surrender |
so berjalan la kami meluangkan masa di sana . bergambar beramai2 disamping dpt masuk ke galeri pameran untuk mendapatkan sumber pengetahuan dgn lebih lanjut. Pukul 6 lebih semua naik ke bas semula dan bergerak ke kawasan penginapan kami ...
yeahhh.. dapatla merasa ddk dkt asrama Universiti lain .. kami menginap semalaman di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ... tp tempat mnginap kami bukan dlm kawasan U diorunk.. agak jauh jgk dr kawasan kampus mereka. tp xpe ... yg penting ada tempat untuk menginap.. sampai ke U tu dh waktu malam. so xde aktiviti yg berlaku pada malam tu . semua buat kerja masing2 .. kemas diri kemas beg mandi solat makan dan tidur......
nak tanya sikit boleh ? perlu ke nak tulis cerita2 sebegini ? apa faedah yang diperolehi ?
bg saya ianya adalah perlu kerana ini secara tidak langsung dpt dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar2 diploma yg tdk dpt sertai . penulisan sebegini juga blh dijadikan sebagai medium yg baik untuk menyampaikan sesuatu maklumat yang berfaedah .. :) .. :)
keesokan paginya 16/10
ketika di UTeM ... |
pagi tu kami hanya menjalankan aktiviti santai dngan melawat Bandaraya Melaka sementara menunggu waktu untuk pergi ke lokasi yg berikutnya.. jadi dekat Melaka tu semua peserta diberikan masa bebas untuk pergi ke mana mereka nak pergi sebelum berkumpul semula di bas pd waktu yg telah ditetapkan...
mcm biasa lah bila dh smpai melaka ni Kota A'Famosa, Dataran Pahlawan, Muzium Kapal dan lain2 lagi pastinye menjadi lokasi tumpuan bg sesiapa sahaja yg dtng ke negeri Melaka .
Diringkaskan pukul 2 ptng kami berkumpul semula dlm bas dan bas pon bertolak ke menuju ke Pusat Pengurusan Penyu (Turtle Management Centre) di Kampung Padang Kemunting , Melaka ...
Sampai pukul 3 lbh .. berkumpul dalam dewan dan ada sesi pengenalan secara khusus mengenai Pusat Pengurusan Penyu tersebut. mcm2 yg dpt kami pelajari dlm tempoh tersebut.
Lepas tu dpt pergi ke galeri pameran dan ada beberapa ekor penyu yg diletakkan dlm kolam . Agak besar juga saiz penyu dlm kolam tersebut. Dapat la tngok penyu2 ni diberi makan. sambil2 tu ada la soalan2 yg kami ajukan kepada mereka2 yg menjaga penyu itu pada setiap hari... interesting to know abt that story ... habis tu peserta2 pon pergi la kawasan penetasan telur2 penyu... bersih2 kan tempat tersebut dan part yg terakhir paling best...
team2 penyunidae |
kaawasan sekitar penetasan telur penyu |
we get more and more knowledge in here |
cuba teka .. ????
ada sesi melepaskan anak2 penyu ke lautan yg luas terbuka .... xpasti berapa banyak anak penyu yg dilepaskan .. tapi memang banyak la .. comel je tngok "mereka2" memulakan larian dan perjalanan pertama mereka ke lautan tersebut. Andai blh cari balik penyu tu sekarang mesti dah besar2 ... hopefully banyak yang terselamat dlm tempoh mengharungi mencapai tempoh matang (dewasa) ...
panjang nya cerita ni ... xpenat ke type panjang2 nie ?
biasalah .. cerita utk 3/4 hari pastu nak ringkaskan jadi satu crite .. so memang panjang la kan...
lg pon typing2 nie mrupakan hobi sampingan .. drpd dlu lg .. tp tetibe stop "berblogger" ni.. tetibe skarang terdatang idea utk sambung balik ...
mungkin sebab lama sangat "mereput" dkt umt ni. so drpd xbuat ap2 baik kite luangkan masa yg ada dengan sesuatu yg kita gemar utk lakukan.. :) :) :) ...
no need to force ur hobby .. because it can comes naturally in ur life.. :) <3 <3 just be yourself ok ??
ok sambung balik ...
habis drpd lawatan dekat pusat tersebut kami pon terus bertolak ke lokasi terakhir iaitu di negeri Johor. rasa mcm cepat je masa berlalu... xsedar time tu dh 3 buah negeri habis dilawati (even xsmua tempat) ....
yeahhhhh ... |
hbiskn masa dkt pantai before bertolak ke johor ... |
Kalau di Melaka dapat menginap di UTem , tapi di Johor sekali lagi diberi peluang untuk merasai pengalaman menginap di Universiti mereka...
Universiti Tekonologi Malaysia (UTM) mrupakan lokasi menginap kami... alhamdulillah mungkin disebabkan hubungan yg baik antara dua universiti menyebabkan kami diberi kebenaran utk menginap .
dpt la rasa tidur dlm bilik hostel sorang2 .. saiz bilik tu lbh kurang bilik hostel 4 orng yg dkt umt .. tp rasanya yg dkt UTM tu lagi besar. cuma cuma ... blok tu sunyi pastu bilik sorang satu plk tu .. memang jawabnya masuk bilik kemas2 kan diri lepas tu terus tidur sebab dh lewat malam... huuuuuu.... ^.^"
keesokan paginya ada breakfast yg telah disediakan .. makan2 tunggu semua habis makan.. naik bas .. terus ke lokasi terakhir...
breakfast dulu |
yg terakhir ni lawatan di salah sebuah syarikat perikanan persendirian ... tempatnya adalah di Nanyang Fish Farm (M) SDN. BHD. (MLO 197, Air Bemban , 81020, Kulai , Malaysia) .....
dekat sana lebih kepada melihat pelbagai jenis ikan yang dijual serta dapat melihat cara pengurusan mereka di sana... Agak besar jugak la tempat tu . Paling yang menarik perhatian sekali ialah diorunk ada ikan arowana yang saiznya agak besar. Jalan2 + tangkap gambar pastu beli apa2 barang yang perlu ... Lepas drpd tu kami pon berkumpul semula ke dalam bas ...
gmbar sekadar hiasan :P :P :P |
sejam lebih jugak la kami semua spent masa dkt tempat tu ...
maka setelah tamat lawatan kami di Nanyan Fish Farm, maka berakhirlah sudah kesemua destinasi yang telah dirancang dalam program NEO-OCEANIC TOUR pada musim tersebut...
Terima kasih kepada mereka2 yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dlm menjayakan program tersebut... :) :) :) ....
see you soon .. :) bye .. bye..
Comments
Post a Comment