PELAYARAN SETAHUN BERSAMA MAJLIS KOLEJ SISWA (MKS)


Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kolej Kediaman.





Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinya dapat kita dipertemukan pada malam yang penuh makna ini.

Nasi Kuning diatas meja,
Minumnya dengan air kelapa,
Baru saja mulakakan kata,
Entah kenapa rindu tiba-tiba.

Masih ingatkah kalian wahai Barisan Majlis Kolej Siswa dan Majlis Pelajar Luar Kampus apa yang telah berlaku pada 20 Disember 2018 yang lepas? Tarikh itu menjadi saksi kepada kita semua bahawa pada 20 Disember itulah berlakunya Watikah Pelantikan dimana kita telah dilantik dan diberikan amanah dan tanggungjawab untuk menggerakkan majlis ini pada tahap yang jauh lebih tinggi.

Dan Alhamdulillah hari ini, 13 Disember 2019, setelah hampir genap 1 tahun kita memegang tampuk kepimpinan MKS dan MPLK Sesi 2018/2019, kita telah tiba kepada pengakhirannya buat kita semua untuk melepaskan jawatan ini kepada kepimpinan baharu yang telah dipilih.

Saya mewakili kesemua barisan Majlis Kolej Siswa Sesi 2018/2019 izinkan saya iaitu yang terdiri daripada: 

WAN AMIRUL SYAFIQ BIN WAN MOHD NAZARI
SYARIFAH NUR ATIKAH BINTI SYD NUR AZMAN
NUR FATHIAH BINTI AZIZ
IBRAHIM BIN MOHD SHUKRI
SHIRLY LIM YU LING
NURUL HANIS ZAHIRAH BINTI RAWI
NUR SYAHIRATULNIZA BINTI MOHD HAIRULZAM
NUR SHAMIYRAH BINTI RAMZY RAMESHAN
GUKAANESWARAN A/L KALIYAPPAN
MUHAMMAD IZZAT AIMAN BIN MOHD ZAINAL ABIDIN
MUHAMMAD FARID BIN AZHARI
NUR AINA ZAFIRAH BINTI NOOR AZHAR
NUR HAMIZAH BINTI BIBONG
SITI ZULAIKHA BINTI MOHD SOLIHEEN
MOHD FAIZ BIN MOHD FODZI



ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Kolej Kediaman UMT, Dr. Nik Aziz Bin Nik Ali dan seluruh Pegawai dan staff-staff Kolej Kediaman atas segala bantuan dan perkongsian ilmu yang diberikan sepanjang kami memegang jawatan ini. Kami sangat bersyukur dikurniakan keluarga Kolej Kediaman yang sangat mesra dan sentiasa membantu pelajar dalam menyelsaikan apa jua permasalahan yang berlaku. Terima Kasih kepada Dr. nik kerana memberi kami peluang untuk menjalankan program-program yang mampu memberi impak dan kebaikan kepada seluruh pelajar UMT.
Seterusnya kepada seluruh barisan Felo Kolej Kediaman, terima kasih yang tidak terhingga kami ingin ucapkan atas segala tunjuk ajar yang diberikan kepada kami dari awal kami memegang jawatan ini. Perkongsian ilmu dan pengalaman yang diberikan tidak akan kami lupakan. Terima Kasih kerana mencurahkan segala kepakaran yang ada kepada kami sehingga kami dapat melaksanakan sesebuah program dengan jayanya.

Tidak ketinggalan juga buat seluruh anak-anak Kapal saya, 

MOHAMMAD NAJMI BIN MOHAMMAD HARUN
MUHAMMAD AMIR SAFIUDDIN BIN ANUAR
MUHAMMAD FITRI BIN A JALIL
AMALIA ATIQAH BT. SURMADI
IZZATI SYAFIQAH BINTI ABDULLAH
NOR ANIS NAJIHAH BT MURAD
NUR AINA SOFIYA MOHD SABRI
NUR SYAFIQAH BINTI MOHD MAULANA
NURSHAZREEN AMNIZA BINTI MUHAMMAD AMNIZAM
NURUL NABILA BINTI MOHAMAD NAZRI
SITI FATIMAH ISKANDAR
MOHD SANUSI BIN SALI

yang setia bersama MKS dari awal hingga ke saat ini. Alhamdulillah kapal kita kini telah pon selamat berlabuh setelah mengharungi hampir setahun perjalanan. Segala jasa dan bakti yang kalian telah berikan tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Terima Kasih kerana menjadi sebahagian daripada Kekuatan Keluarga MKS 18/19 yang sangat terbaik.

Akhir kata, selamat maju jaya buat seluruh sahabat handai rakan seperjuangan saya MKS dan MPLK dalam meneruskan kehidupan sebagai mahasiswa UMT. Semoga kita semua akan beroleh kejayaan yang cemerlang suatu hari nanti. InsyaAllah, Saya mewakili seluruh MKS 18/19 ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kata-kata, perbuatan mahupon tingkah laku kami yang mengguris hati dan perasaan kita semua.

Sebelum saya mengakhirkan kata-kata saya, izinkan untuk saya berpantun, dengar baik-baik dengar baik-baik dengar dengan teliti.

Ayuhlah mari kita makan,
Makannya pula dengan wafer,
Ingin sekali kukatakan,
I Love You Forever.



Terima Kasih Kolej Kediaman UMT !!!


Assalammualaikum dan Sekian Terima Kasih.

Comments