PELAYARANKU BERSAMA MAJLIS KOLEJ SISWA UMT (MKS)
Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan Salam Sejahtera.
Apa khabar saudari/ saudari disana?
Harapnya Kalian sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat walafiat hendak-Nya.
Pada hari ini saya tertarik untuk berceritakan serta berkongsikan pengalaman saya sepanjang perjalanan zaman saya dalam Majlis Kolej Siswa (MKS) atau kini dikenali sebagai Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK).
Siapakah MKS ini?
MKS ini ialah sebuah badan organisasi pelajar yang berfungsi secara amnya sebagai pemudah cara antara Pihak Pengurusan Kolej Kediaman dengan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Terengganu. Dibawah struktur organisasi Kolej Kediaman (dahulunya dikenali sebagai Kolej Siswa), terdapat Felo Kolej Kediaman (Dalam Kampus dan Luar Kampus) sebelum cabangnya dikembangkan lagi kepada dua organisasi badan pelajar iaitu MKS dan MPLK (kini ditukar menjadi JPKK dan JPLK).
Logo Kolej Siswa UMT yang dahulu |
📌 MKS (Majlis Kolej Siswa) ➡️ JPKK (Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman)
📌 MPLK (Majlis Pelajar Luar Kampus) ➡️ JPLK (Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus)
Mari kita timba ilmu pengetahuan secara lebih mendalam....
LATAR BELAKANG MKS
Motto MKS Sesi 2018/2019 ialah “MKS CAKNA, PEMANGKIN INSPIRASI MAHASISWA”
- Majlis Kolej Siswa dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Penginapan Pelajar (JKPP) dan kemudian pada tahun 2010 JKPP telah bertukar nama kepada Majlis Kolej Kediaman (MKK) dan pada tahun 2012, nama ini telah ditukarkan kepada Majlis Kolej Siswa (MKS) di atas penukaran struktur pentadbiran yang di ketuai oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Prof Emiretius Dato’ Dr. Ibrahim Komoo.
- Majlis Kolej Siswa merupakan sebuah organisasi kedua terbesar selepas Majlis Perwakilan Pelajar.
- Majlis Kolej Siswa adalah merupakan satu organisasi perantara antara pihak pengurusan kolej siswa, felo kolej siswa dan penghuni asrama kolej siswa.
LATAR BELAKANG MPLK
Motto MPLK Sesi 2018/2019 ialah “MPLK Prihatin, Kebajikan Terjamin”
- Penubuhan Majlis Pelajar Luar Kampus di bawah pentadbiran Kolej Siswa, Universiti Malaysia Terengganu bertujuan membantu Kolej Siswa Luar Kampus khususnya melicinkan hal ehwal pelajar di luar kampus.
- Barisan kepimpinan Majlis Pelajar Luar Kampus bertanggungjawab terhadap segala aduan dan permasalahan yang timbul sekaligus menjadi perantara antara pelajar yang menetap di luar kampus dan bahagian pengurusan Kolej Siswa.
Okay sekarang awak dah ada pengetahuan asas tentang MKS dan MPLK. Jadi Ayuh kita fokuskan kepada topik utama kita, iaitu berkaitan tentang perjalanan “karier” saya dalam Majlis Kolej Siswa. Secara amnya, saya telah bersama dengan MKS sejak dari Sesi 2015/2016, Sesi 2017/2018 dan Sesi 2018/2019. Sesi 2016/2017 xdibenarkan untuk mohon sebab dah tahun akhir (komitmen akn tertumpu kpd pelajaran dan sebagainya).
Selain daripada MKS, saya turut sertai organisasi Kelab Kembara UMT (KREX UMT) dan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS UMT). Pembahagian masa yang sangat disiplin diperlukan supaya dapat bagi komitmen terbaik buat Kelab yang disertai.
Dari awal kemasukan ke UMT pada tanggal 2 Jun 2015 sehingga kini, inilah “Flag” yang pernah dipakai dan dibawa sepanjang tempoh berada di UMT.
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU |
Kelab Akademik Diploma Perikanan |
Kelab Akademik S.M.S. (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) |
KELAB KEMBARA UMT (KREX UMT) |
KELAB PEMBIMBING RAKAN SISWA (PRS) UMT |
Bersambung....
Comments
Post a Comment