TEAMBULDING MKS SESI 2018/2019


Tarikh 25 Hingga 27 Oktober 2018 telah dipilih sebagai tarikh bagi program TEAMBUILDING KOLEJ SISWA 2018 yang bertempat di Bukit Keluang Beach Resort, Terengganu. 


Memandangkan TNC HEPA pada ketika itu tidak menyarankan untuk melakukan aktiviti diluar kawasan Terengganu, jadi program hanya dapat dibuat di dalam 

negeri Terengganu sahaja. 


Walaupon begitu keputusannya, tetapi langkah dan usaha bijak daripada pihak Kolej Siswa sendiri yang membawa team fasilitator yang boleh dianggap sangat terbaik dan cemerlang sangat wajar diberikan penghargaan yang terbaik. 👍🏻👍🏻👍🏻 Well done Dr. Nik 🌟🌟🌟🌟🌟


Gambar bersama Dr. Nik Aziz, Pengetua Kolej Siswa UMT (di tengah barisan paling belakang), 
Barisan Fasilitor, 
Barisan Felo Kolej Siswa (Berbaju T-shirt Merah), 
Barisan Majlis Kolej Siswa (Berbaju T-Shirt Biru) dan 
Barisan Majlis Pelajar Luar Kampus (Berbaju T-Shirt Hijau)


Fasilitator ni boleh dianggap berjaya mencapai objektif dan matlamat utama penganjuran Program Teambuilding Kolej Siswa 2018. 


Alhamdulillah tempat penginapan, ruangan aktiviti dan kemudahan yang disediakan serta masakan yang sedap-sedap daripada pihak resort menjadikan program ini nampak lebih menarik. Nak pulak bersebelahan dengan Bukit Keluang dan juga pantai, feeling-feeling mcm pergi holiday plk 😆😝. Hehehehe 


Modul-modul aktiviti yang dimasukkan sepanjang program 3 hari 2 malam ini sangat seronok dan menarik. 👏🏻👏🏻👏🏻

Memang enjoy and fun terukkkks kami dekat sana tu. Tp jgn la ingat kami lagha plk ddk dkt sne tu ye😂🤣.... 




Banyak sebenarnya modul aktiviti yang dibuat sepanjang tempoh tu, cuma Saya nak berkongsikan 2 aktiviti yang sangat memberi kesan dan impak yang positif kepada kami semua (*ni hanyalah pandangan peribadi saya). 


Aktiviti pertama yang ingin Saya kongsikan ialah aktiviti Water Rafting. Special nya rafting ni sbb dia bkn buat di sungai or tasik, tapi ianya dilakukan di pantai. Wowwwwww menarikkan? Tahu-tahu jer la dekat pantai cabaran dia lebih extreme. Dengan ombaknya, anginnya, arus airnya, kedalamannya memang menguji keberanian mental dan juga fizikal. 



Briefing keselamatan di air



Practise back swim 



Aktiviti Water Rafting ini menggunakan rakit yang perlu dibuat sendiri menggunakan paip pvc peralatan utamanya disamping penggunaan tali dan botol-botol kosong. Tali berfungsi untuk mengikat menjadikan sebuah rakit manakala botol digunakan untuk tujuan buoyancy rakit itu sendiri. 


Memerlukan kekuatan kerjasama yang sangat padu sebab dari awal lagi perlu pikul paip tersebut ke tepi pantai, rancang pembinaan sebuah rakit, mengatur susunan kedudukan setiap peserta bagi memastikan keseimbangan rakit dalam keadaan yang baik. 👍🏻










Ketua as a Captain perlu memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan kelancaran pengurusan Kumpulan mereka sendiri serta memberikan arahan yang jelas supaya tiada masalah perselisihan faham antara sesama ahli kumpulan. Mental dan fizikal anak-anak buah juga perlu sentiasa dipantau supaya tiada sesiapa yang “koyak”. 😂


Paling penting sekali sewaktu aktiviti ini berlangsung ialah mempunyai synchronised command. Rentak yang sekata menjadikan aktiviti menjadi lebih menarik. 




Aktiviti kedua yang ingin dikongsikan ni tidak pasti apa nama aktiviti ni 😅. Lupa sudah 😂Something like war game I guess... 


Aktiviti ni lebih kepada kebijaksanaan sesuatu kumpulan untuk membuat perancangan dan strategi bagi menjayakan tugasan yang diberikan. 


Tugasannya secara mudah fahamnya, 


📝 setiap kumpulan perlu menghidupkan api menggunakan mancis dan surat khabar yang sangat terhad;

📝 memasak sebijik telur mentah;

📝 memastikan api tidak dipadam oleh ahli kumpulan lain akibat daripada serangan dan balingan “bom air”;

📝 membina kubu pertahanan;

📝 perlu menyelesaikan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan. 


Aktiviti ni paling best. Adrenaline keluar mencurah-curah 😂. Kumpulan-kumpulan yang berdekatan dijadikan sahabat, yang jauh-jauh tu musuh yang perlu diserang 🤣. Baju basah, kotor + bau asap menanti setiap peserta. 


Apa yang penting dalam menjayakan aktiviti ni just perlu kekal fokus pada tugasan dan setiap ahli kumpulan yang telah diberikan tugasan tertentu perlulah melaksanakan dengan sehabis baik. 


Apa yang penting? KERJASAMA ❗️❗️❗️










Koleksi gambar sepanjang program TEAMBUILDING KOLEJ SISWA 2018.



































Comments